Thursday 7 February 2013

LEGOLAND MALAYSIA




           Legoland Malaysia merupakan sebuah taman tema yang dijadualkan untuk dibuka di Nusajaya, Johor, Malaysia pada 15 September 2012. Taman tema ini juga menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan.
           Ia juga merupakan taman tema Legoland yang pertama pernah dibuka di Asia semenjak penubuhannya. Pembukaan rasmi taman tema ini dilancarkan oleh Sultan Ibrahim Ismail pada 22 September 2012.[2]
           Ia akan menjadi teras kepada kompleks yang bersepadu yang berukuran 5,500,000 kaki persegi (510,000 m2). Kawasan ini juga merupakan taman industri Nusa Cemerlang yang terletak dalam Iskandar Malaysia iaitu sebuah kawasan ekonomi yang terdiri daripada pusat gaya hidup seperti peruncitan, pejabat, hotel, perkhidmatan pangsapuri dan unit kediaman.
          Selain daripada taman tema ini, tarikan yang bertemakan Lego akan dibina berdekatan dengan kawasan ini pada suatu hari nanti. Seterusnya, taman tema air Lego adalah projek yang akan dibuka pada pertengahan tahun 2013[3] dan juga Legoland Hotel. Hotel ini juga merupakan yang pertama di Asia apabila pembukaannya bermula pada separuh pertama tahun 2014. Hotel tersebut dibina di bawah perjanjian pengurusan di antara syarikat. LL Themed Hotel Sdn. Bhd. merupakan syarikat usahasama yang dimiliki oleh Destination Resorts and Hotels Sdn. Bhd. dan Iskandar Harta Holdings Sdn. Bhd.[4]
          Kos pembinaan taman tema Legoland Malaysia adalah bernilai RM 720 juta manakala Legoland Hotel berjumlah RM 190 juta.[3Hanya makanan yang diiktiraf halal sahaja akan dijual di restoran sekitar taman tema ini. Makanan ini juga termasuklah hidangan yang dijual oleh peniaga tempatan dan asing.[3]
Selain itu, Legoland Malaysia juga menyasarkan 1.5 juta pengunjung menjelang pembukaannya[5] dan menjana lebih daripada RM 100 juta pada tahun pertama operasinya.[3]

           Susun atur Legoland Malaysia bermula di pintu masuk utama dan secara tradisionalnya akan memaparkan pemandangan Legoland. Selain itu, The Big Shop, iaitu kedai yang terbesar dalam menjual produk Lego seperti permainan, set blok, DVD, buku dan cenderamata Legoland dan lain-lain kemudahan yang biasa terdapat di pintu masuk juga disediakan. Seksyen "Imagination" berada di kiri kawasan permulaan pintu masuk.
          Permainan "Interactive Lego" bertujuan untuk mengasah kemahiran membina pelbagai bangunan atau barangan Lego yang interaktif seperti rumah, kereta, pencakar langit dan lain-lain. Selepas ia dibina, model yang dihasilkan boleh diuji. Sebuah permainan komputer dan juga tarikan robotik daripada Lego iaitu "Lego Mindstorms" telah disediakan.
           "Sky cruiser" merupakan sebuah kenderaan yang bercirikan monorel udara di mana pengunjung boleh mengayuhnya mengelilingi trek di atas laluan Legoland Malaysia. Pengunjung juga akan menyaksikan pemandangan bandar yang menakjubkan di luar kompleks Legoland.
           "Kids Power Tower" merupakan sebuah menara yang membenarkan para pengunjung menggerakkan kerusi kenderaan ke atas menara serta mempunyai tali kerusi yang boleh dijatuhkan.
          Bilik permainan "Lego Duplo" merupakan kawasan yang interaktif untuk kanak-kanak kecil di antara umur 2-6. Kawasan ini juga menyediakan kedai serta restoran. Istana bukit terletak di belakang taman "Lego Knights" dan istananya adalah bercirikan puteri raja.

Ada 6 tarikan utama di Legoland Malaysia :

1- Lego City



















































___________________________________________________________________________________
2- Land Of Adventure









































 __________________________________________________________________________________

 3- Imagination




























___________________________________________________________________________________

4-Lego Kingdom

























___________________________________________________________________________________

5- Lego Technic



















__________________________________________________________________________________

 6-. Mini Land

























































No comments:

Post a Comment