Tuesday, 5 February 2013
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SINGAPURA
~TEMPAT-TEMPAT SEKITAR SINGAPURA~
Kampung Arab (Arab Street/Kampong Glam). Terletak di North Bridge Road. Daerah ini terletak Masjid Sultan (Sultan Mosque) dan Malay Heritage Centre.
China Town. Terletak di area yang dibatasi dengan jalan Upper Pickering Street, Cantonment Road, New Bridge Road dan South Bridge Road. Tempat-tempat menarik yang dapat dikunjungi adalah Kuil Thian Hock Keng, Pura Sri Mariamman, Smith Street Wet Market, dan Food Street.
Little India. Terletak sepanjang Serangoon Road. Tempat menarik untuk dikunjungi adalah Masjid Abdul Gafoor, Sri Veeramakaliamman Temple, Tekka Marked and Little India Arcade.
Katong. Terletak di East Coast Road dan Joo Chiat Road, tempat menjual makanan yang menarik dari berbagai penjuru, seperti di Geylang Serai, makanan melayu disajikan dengan menarik, tempat makan seafood sepanjang pantai timur dan lainnya.
City Hall dan Padang. Terletak di antara Connaught Drive dan St. Andrew’s Road. Lapangan luas tempat bersejarah berdirinya negara Singapura.
Raffles Hotel. Selain terkenal sebagai hotel pertama di Singapura dengan desian bangunan khas kolonial, di hotel ini terdapat Museum yang menampilkan sejarah mulai dari terbentuknya hotel Raffles hingga karya-karya perancang busana internasional.
Raffles Landing Site. Tempat pendaratan pertama Gabenor Singapura Sir Stamford Raffles. Di area ini yang menghadap Sungai Singapore, terdapat patung replika Raffles yang berwarna putih. Patung asli yang diperbuat dari perunggu berwarna hitam terletak di Victoria Concert Hall, sekitar 500 meter dari tempat ini.
Tempat menarik di sekitar ini adalah Clarke Quay, Masjid Omar Kampong Malaka, Kuil Tan Si Chong Su, Esplanade, Patung Merlion, Berlayar di Sungai Singapore dan mengunjungi Asian Civilisations Museum atau Empress Place.
Esplanade/Merlion Park.Terletak di seberang hotel Fullerton, di Taman Merlion, One Fullerton. Cara ke sana dengan naik MRT turun di stesen Raffles Place atau City Hall.
Bideford Junction Crosswalk. Terletak di daerah Orchard, antara Paragon, Park Hotel at Orchard, Meritus Mandarin Hotel dan Ngee Ann City. Setiap hari mulai pukul 19.30, setiap 30 minit lalu lintas di Bideford Junction akan berhenti selama satu minit.
Dalam masa itu,tempat ini akan disirami pelbagai jenis lampu dr empat sudut yg berbeza iaitu "Singapura Kota Taman", "Berjalan Di Air", "Aurora (Cahaya Kutub Utara)" dan "Langit Malam Berbintang".
Haw Par Villa. Terletak di Pasir Panjang Road, taman berisi patung dan drama tentang kebudayaan cina.Terdapat juga patung Budha Tersenyum (Laughing Budha), the Goddest of Mercy (Dewa Kasih Sayang), dan Ten Courts of Hell. (Budi Sulis)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment